Monthly Archives: February 2007

Egypt – Nile Cruise

19 February 2007

 

 

Dah duduk border Egypt (masa ni kerja kat Sudan), tak aci lah kalau tak dapat tengok Egypt. Diorang kata paling best nak discover Egypt ialah dengan Nile Cruise. Mengambil kesempatan dalam cuaca yang sejuk kami pun mengcruisinglah Sungai Nil.  Pengalaman yang berbeza dari naik teksi, naik keretapi.  

Civilisation Mesir yang antara tertua di dunia meninggalkan bukti yang masih terpelihara sehingga ke hari ini.

 It was cold when we went on the Nile Cruise. We visited sites of Ancient Egypt which its civilisatioan began around 3000 BC. Amazing sites, amazing stories, amazing history. One can only see them to understand why a Greek Historian says “nowhere are there so many marvellous things…nor in the world besides are to be seen so many things of unspeakable greatness”- and not too much has changed. The Sphinx, the Nile, ancient Luxor, the pyramids – Egypt’s scope is glorious.

  nile-cruise-018.jpg

 

  nile-cruise-005.jpg

 

  nile-cruise-024.jpg

 

 Philae Temple

Temple yang dialihkan dari sebuah pulau yang tenggelam oleh pembinaan Aswan Dam iaitu Pulau Philae ke Pulau Agilika. Nak kesini terpaksa menaiki sampan.

 

  nile-cruise-031.jpg

 

  nile-cruise-034.jpg

 

  nile-cruise-042.jpg

Temple of Abu Simbel

Kolossal Statue of King Ramesses II yang dipanggil  “Temple of Ramesses, beloved by Amun” . King ramesses adalah salah seorang pemerintah yang terkenal dizaman Ancient Mesir lebih 3000 tahun dahulu. Statue ini berdiri tegak mengadap Lake Nasir yang besambung dengan Sungai Nil. Gempabumi memusnah salah satu daripadanya. Statue ini hanya dijumpai oleh orang Eropah pada tahun 1813. Pembinaan Dam Aswan memaksa statue ini dianjak sedikit pada tahun 1960.

 

  nile-cruise-058.jpg

 

   nile-cruise-068.jpg

Bersebelahan dengan statue King Rameses, dibina Temple of the Queen, bagi meletakkan statue Queen Nefertari, isterinya.

 

  nile-cruise-092.jpg

 Komombo Temple

Menurut ceritanya, temple ini dibina untuk tuhan crocodile bernama Sobek yang melambangkan kesuburan dan Tuhan Horus yang berkepalakan falcon. Di sebelah temple tuhan Crocodile  ada beberapa ekor buaya yang telah di mummykan. Disebabkan penduduk Mesir bergantung bergantung kehidupan mereka kepada Sungai Nil, mereka beranggapan buaya adalah penghuni sungai yang patut dimuliakan.

  nile-cruise-099.jpg

 

  nile-cruise-100.jpg

 

  nile-cruise-103.jpg

 

  nile-cruise-118.jpg

  Edfu Temple

 

  nile-cruise-138.jpg

 

  nile-cruise-151.jpg

 apa ntah nama budak dua orang ni. diorang ni penjaga tempat ni dulu dulu. yang satu tu dah rebah, tu yang tengah di bina balik semula.  

  nile-cruise-157.jpg

 

  nile-cruise-162.jpg

 

  nile-cruise-172.jpg

Temple of Queen Hatshepsut

Raja wanita yang disegani.

 

  nile-cruise-216.jpg

 Valley of the Kings

Perkuburan raja2 Firaun. Tomb of Tutankhamun – yang ditemui pada tahun 1923.

  nile-cruise-223.jpg

 

  nile-cruise-242.jpg

 khusyuk mendengar cerita tour guide kami.

 

  nile-cruise-277.jpg

 Masjid Abu Haggag

Masjid yang berada di dalam kawasan Templer of Karnak ini ada ceritanya tersendiri. Abu Haggaq merupakan seorang sheikh dari Baghdad yang menetap di Mesir lebih 50 tahun. Tanpa disedari, masjid ini dibina diatas timbunan pasir yang menyaluti Temple or Karnak, berusia lebih 700 tahun. Ia mula disedari setelah timbunan ini di gali pada kurun ke 19.  Masjid ini dibiarkan begitu tanpa diruntuhkan bagi menghormati Abu Haggag dan suatu simbolik – masjid yang dibina betul2 diatas peninggalan purma. Ianya masih digunakan hingga ke hari ini.

 

  nile-cruise-298.jpg

 Temple of Karnak di Luxor

Tempat ibadat yang paling besar dibina manusia 3000 tahun dulu untuk tuhan mereka, Amun. Terdiri dari tiga temple, ianya dibina, diperluas dan diperbaiki beberapa generasi selama 1300 tahun.

 

  nile-cruise-321.jpg

 

  nile-cruise-332.jpg

 penat naik cruise kita naik belon

 

  nile-cruise-347.jpg

 

  nile-cruise-355.jpg

 

  nile-cruise-402.jpg

 penat naik belon kita naik unta

 

  nile-cruise-424.jpg

 

  nile-cruise-431.jpg

 lepas naik unta kita seberang ke sana balik ..

 

  nile-cruise-519.jpg

pastu balik …