Monthly Archives: August 2007

Sudan – musim banjir

3 August 2007

Second posting ke negara Sudan. Dekat sikit dengan Malaysia kononnya.  Negara ini negara Islam, itulah yang menggamit perpindahan dari One Happy Island, Aruba. Banyak cabarannya duduk di sini. Disini mula mengenali orang Arab. Banyak jugak cerita yang didengar tentang orang Arab dari pakcik makcik yang balik dari haji. Ada betulnya. Walaupun orang Arab lain tak begitu mengiktiraf Sudanese sebagai sebahagian dari mereka, yang penting mereka bangga menjadi sebahagian dari orang Arab.

 

img_2294.jpg

 

Di sini ada Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia. Di sini bertemunya dua punca Sungai Nil iaitu dari White Nile dari Lake Victoria di negara Uganda dan Blue Nile dari Lake Tana di Ethiopia. Sungai ini kemudiannya mengalir ke Mesir. Sayangnya, punca air ini tidak begitu menarik minat orang2 di sini untuk mengembangkan pertanian seperti di Mesir. Kegiatan pelancungan di sepanjang sungai juga tidak dimajukan seperi di Mesir. Usaha Dr. M yang pernah datang dan mencadangkan supaya ianya dimajukan sia2 belaka.

img_2297.jpg

melihat hasil tangkapan.

 

adalah sikit2 usaha menanam sayur kat sini. yang peliknya tiap2 tahun banjir berlaku dalam waktu yang sama, masih jugak menanam. akibatnya, musnah lah segala tanaman ditenggelami air

 

img_2296.jpg

melawat ladang bawang – dah siap bungkus dalam guni. musim banjir, jadi bawang semua dah di ‘tuai’

 

img_2306.jpg

 rumah petani. kejap ada kejap takde .. dihanyutkan air

 

img_2276.jpg

sebelum banjir

 

img_4566.jpg

selepas banjir

 

img_2326.jpg

 

img_2360.jpg

 

img_2361.jpg

sporting sungguh abang ni bila nak ambik gambar dia. siap bagi roti free lagi..

 

img_2398.jpg

 

img_2535.jpg

 

img_2536.jpg

 

img_2853b.jpg