Monthly Archives: April 2008

Addis Ababa

28 April 2008

Bercuti di Addis? mungkin tidakkkkk… kebetulan ada kerja sikit kat Addis. Sebelumnya, tak pernah bayangkan macamana rupa Addis, macamana rupa orang Ethiopia. maklumlah, bukannya Addis tempat popular untuk makan angin. Ternyata, Addis lain dari yang lain. Pertamanya, cuaca di Addis sungguh nyaman sekali. Cuaca sebegini berterusan sepanjang tahun. Ini disebabkan kedudukan Addis yang terletak 1000 km dari atas laut. Cuacanya lebih kurang macam Gentinglah.

18066526.jpg

Pemandangan dari puncak Gunung Entoto

 

18066574.jpg

 

18066524.jpg

didepan Addis Ababa University                                                                                                                                                                   – dulunya istana Emperor Haile Selassie (1930-1974) yang suatu ketika dipuja sebagai jelmaan tuhan yang akhirnya ditundukkan oleh tentera Italy sehingga terpaksa hidup dalam buangan di Britain.

 

img_0190.jpg

blue taxis – mana lagi nak cari teksi biru kalau bukan disini

 

 

img_0196.jpg

Lion of Judah monument

 

img_0194.jpg

 

img_3757.jpg

Martyr’s Monument – sempena memperingati pejuang2 semasa perang menentang Itali

 

img_3758.jpg

bertatatertib .. beratur menunggu dan menaiki bas..

 

18066572.jpg

berwuduk .. masjid paling besar di Ethiopia, Masjid Anwar kelihatan di belakang

 

img_0154.jpg

 

Kebetulan waktu itu hampir perayaan Easter, perayaan paling besar disini. Ethiopian majoritinya adalah Christian Orthodox. Ada jugak yang beragama Islam. Tetapi mereka hidup begitu harmoni bersama. Pelbagai pesta diadakan semasa perayaan Easter.  Sebelum pesta, mereka bersembahyang berharian dan bermalaman. Uniknya cara mereka sembahyang. Yang perempuannya memakai pakaian serba putih, bertudung labuh, seperti menutup aurat. Katanya supaya yang lelaki tidak terganggu sembahyangnya. Cara sembahyang pulak ada yang seperti beruku’ dan bersujud. Uniknya lagi, penduduk disini dari kecik sehingga yang dewasa, semua begitu alim, begitu bersopan. Itu yang kami jumpa, itu jugak yang diceritakan kepada kami. Mungkin ada jugak yang tidak.

Hidangan yang paling menarik ialah daging mentah. Ingatkan pilih daging kemudian pilih nak masak macamana. Rupanya, pilih daging, masuk pinggan.. makan lah. Hmm.. nyam nyam. Berselera sungguh nampaknya.

 

img_0157.jpg

 

Dan lagi, kecantikan perempuan Ethiopian begitu ketara. Orangnya tinggi2, hidung mancung2, paling istimewanya lemah lembut dan manis2 belaka. Tak hairanlah kawan2 bercerita tentang masalah rumahtangga berantakan disebabkan suami2 terpesona dengan perempuan2 disini. Camana tu?

 

img_3756.jpg

 

img_3750.jpg

view dari bilik Sheraton Addis

 

18066575.jpg

berjumpa kawan semasa di Aruba 4 tahun dulu – Dao dan famili

 

18066576.jpg

 

18066588.jpg

dulu                                                           dan sekarang

 

Walaupun cuma seminggu, keunikan Addis akan terpahat di hati sampai bila2….