Diceritakan masjid ini dibina sempena mengingati kematian ibu saudara Nabi Muhammad S.A.W. yang datang ke sini bersama rombongan untuk menyebarkan agama Islam. Maknanya. ia berusia lebih 1300 tahun. Tapi, masjid ini telah banyak kali di baikpulih. Yang asal cuma tinggal kesan runtuhan. Sempatlah kami masuk ke dalam melawat pusara Umm Haram, ibu saudara nabi kita.
menandatangani Guest Book masjid.
![]()
hajat kami nak tengok flamingo akhirnya terlaksana. masjid ini dikelilingi tasik… tapi masa ni tasik masih kering. cuma nun jauh dihujung sana air mula memenuhi sebahagian tasik. sayup2 kelihatan dan kedengaran suara flamingo. apa lagi.. kami pun jejakilah ..
tu dia flamingo… tuuuuuuuuuuu (kamera cabuk.. takleh nak fokus jauh… ni je yang ada.. )
habislah sudah episod Cyprus. lama nyaaaaaa nak habis. sebelum berlepas pulang, kononnya kami nak ke pekan beli apa2 yang patut.. last minute shopping. tak sedap hati. cek balik tiket. bukan flight 10.30 malam da…. 7.30 da… 10.30 sampai Dubai da.. apa lagi kelam kabut menuju airport. nasib baik dah dekat..

Zara's blog