Ukraine yang baru saja merdeka dari Soviet Union pada tahun 1991 merupakan salah satu bandar tertua di Eropah Timur. Macamanapun, nampaknya pengaruh Russia masih berleluasa. Mereka masih enggan menyertai Kesatuan Eropah (European Union). Bahasa Russia masih menjadi bahasa bualan. Euro tidak digunakan disini, malah menggunakan matawang sendiri – Hryvna.
Malangnya trip ke Kyiv atau Kiev, ibu negara Ukraine, di musim panas. Ingatkan dapatlah tengok salji ke, kalau tak pun, pakai baju sejuk ke .. Maklumlah, di Pakistan, teramatlah panasnya waktu ni. Tak de pilihan.. dah namanya kerja, mana boleh nak pilih2 musim. Dan, trip kali ni kena pergi sorang lagi, lagilah boring.
Sunyi je airport Kyiv.
Dari Dubai, penerbangan mengambil masa 4 jam ke Kyiv. Naik kapalterbang tak berapa glemer .. Ukraine International. Baliknya pulak naik Aerosvit, jugak syarikat penerbangan dari Ukraine. Tak ada radio, TV, tapi OK lah.
Orang Ukraine rimas bila panas. Tak biasa. kata diorang. macam2 cara nak sejukkan badan. Cuaca waktu ni 36 darjah.
.. kat air pancut pun boleh mandi ..
kami pun panas gak .. singgah makan ais kerim jap
Maidan Nezalezhnosti (Independence Square)
Seminggu di Kyiv. Dapatlah meluangkan masa melawat sekitar Kyiv pada hujung minggunya. Tak ada apa sangat dapat dilawati. Hajat nak jugak menengok tinggalan nuclear reactor accident di Chenobyl yang 60km jauhnya dari Kyiv, tapi masa tak mengizinkan. Tengok ajelah cathederal (gereja lah tu) Kristian Orthodox yang memang banyak dan terkenal di sini. Kebanyakan cathederal ni berbumbung emas. Emas betul ke? Entah lah tu.. tak sempat lak nak manjat sampai ke bumbung.
St. Volodymyr Cathederal
St. Michael Golden-Domed Cathederal
Princess Olha Monument
(seorang Saint yang hidup seribu tahun dulu)
St. Sofia Cathederal
Paling best lagi .. dapat jumpa balik kawan dari Aruba (2004). Tahun lepas jumpa kat Addis, tahun ni kat Kyiv. Besar dah Sage dengan Sean.. anak2 Dao dan Frank. Sedihnya, Sage dah 3 minggu bersimen kakinya sebab jatuh balkoni. Tak lah tinggi sangat, tapi patahlah 2 tulang. Tapi nampaknya dia enjoy dengan kerusi rodanya yang cute tu.
Sage yang patah kaki – dia tak bagi ambik gambar kaki dia yang bersimen
dengan Dao
Sean .. dah bujang

duluuuuuuuu… kat Aruba (2004) dan Addis Ababa (2008)
town centre
Kyiv Metro
Bas panjang pakai letrik
Monument of the Heroes
- sempena memperingati Great Patriotic War semasa Perang Dunia II
Kiev Circus
Sungai Dnieper – antara sungai terbesar di Eropah. Berpunca dari Russia , melalui Belarus dan Ukraine sebelum sampai ke Black Sea.

Zara's blog