Gwadar
Memang sedihlah beraya di tempat orang ni. Kami pun tak maulah duduk kat rumah menunggu tetamu yang tak tiba. Lepas je sembahyang raya kami bertolak ke Gwadar. Gwadar terletak di sebelah Barat Daya (South-West) Pakistan dalam negeri Balochistan. Perjalanan darat mengambil masa hampir 9 jam. Tak ada pun flight ke sana. Untuk memeriahkan lagi trip, kami ajak Aamir dari ofis dan body-guard kami, Encik Tahir.
isi minyak dulu
di rest area – masjid Bilal
Kund Malir .. terkenal dengan tempat mandi mandanya
Makran Higway
saudagar minyak
petrol station
anak2 saudagar minyak agaknya
nampak tak Aamir dengan Tahir?
sempat berhenti menikmati keindahan matahari terbenam
jalan menuju ke PC Hotel, Gwadar (nampak menara hotel)
view berdekatan hotel
Aamir dan Tahir
perkampungan nelayan di Gwadar
Tahir .. mengagumi kecantikan tanahairnya barangkali
saudagar kapal bercuti raya
tak tau apa yang sedang berlaku kat sini ..
main pondok2 ke dik?
sidai baju kak?
malu2
tapi mau
Tahir bawak senapang? bukan la .. tripod
kanak2 seronok bermain
kena pukul
kita tengok je lah..
Tahir bermain ombak
seronok agaknya dia dapat bercuti
kanak2 Baloch .. perhati je kami dari jauh
Aamir bagi duit raya
seronok dapat duit raya
seronok tengok gelagat kami
tapi malu2
giliran Tahir bagi duit raya
i am in Gwadar!
me too!
kacau Tahir ambik gambar
dah besar nanti i nak bina bot macam ni
jadi ke kita nak bukak resort kat sini?
girls of Gwadar
boys of Gwadar
Gwadar Port
pemandangan indah di hujung tanduk Gwadar sejenak sebelum matahari terbenam
breakfast at PC
nice hotel
monung apo tu Tahir?
reception kat PC Hotel
bilik Aamir dengan Tahir
selamat tinggal PC Hotel
esoknya ke hujung tanduk sekali lagi .. Aamir dgn Tahir nak tengok jugak
salah sebuah masjid di Gwadar
budak2 main kriket
Tahir memastikan keadaan selamat untuk turun ambik gambar … terimakasih Tahir
on the way balik ke Karachi
jangan Tahir!
kalau jalan kaki sampai tak ke Karachi agaknya?
uih .. jauh lagi tu
Aamir pulak kenapa nak hitch hike? …
antara pemandangan menarik sepanjang perjalanan
nak posing gak lah
dah lah tu .. jom lah kita naik kereta
oklah .. kita sama2 jalan kaki
cantik kan?
perkampungan nelayan di Kund Malir
agak2 sini ada jual petrol tak?
berbincang harga petrol
nasib baik ada ..
pastu terus balik … memang best dapat tengok the other side of Pakistan. Gwadar berlainan sekali dengan Karachi. pemandangan jauh lebih cantik, pantainya bersih, jauh lebih damai, sunyi, penduduknya ramah dan bersopan. paling ketara, tiada yang mengemis (at least kami tak jumpa). penduduknya rata2 berkulit gelap. Ramai peninggalan hamba abdi yang didagangkan dari Afrika tinggal dan menetap disini. Begitu juga pengaruh Arab semasa pemerintahan Oman masih berleluasa di sini. Semua ini menjelaskan kelainan penduduknya yang berlainan rupa paras dan agama (Sunni, Zikri, Christian,Hindu, Parsi).
kalau boleh sebelum keluar dari sini nak jelajah satu Pakistan. cuma … keadaan tak berapa selamat sekarang.. harap2 nya boleh tengok belah utara pulak .. mungkin ada salji?