Lebih setahun dah kami duduk kat Karachi. Rajin jugak kami bersiar2 tengok apa ada kat bandar terbesar di Pakistan ni.
Apa yang menarik kat Karachi ni? Uih macam macam adaaaaa
Abdullah Shah Ghazi Shrine
Abdullah Shah Ghazi dikatakan sebagai cicit Nabi Mohammad S.A.W. Seorang ulama shia yang terkenal di Karachi 1400 tahun dahulu. Antara kebesaran ulama ini – Karachi walaupun terletak ditepi laut tidak pernah dilanda ribut taufan sejak seribu tahun dipercayai kerana restunya. Setiap masa pengunjung datang ke sini untuk meminta pertolongan. Ramai kawan2 bercerita tentang doa mereka yang telah dimakbulkan setelah datang ke sini. Bukan saja orang Islam, malah yang bukan Islam pun datang membayar nazar. Selain dari Abdullah Shah Ghazi Shrine, terdapat banyak lagi shrine di seluruh Pakistan, malah merupakan salah satu tarikan kepada orang luar datang ke Pakistan.
Abdullah Shah Ghazi shrine sewaktu matahari terbenam – view dari kediaman Aswana
Taman bersebelahan Abdullah Shah Ghazi Shrine
Teen Talwar = Three Swords. Tugu memperingati 3 prinsip (Unity, Faith, Disipline) Quaid-e-Azam M.Ali Jinnah yang diabadikan oleh bekas pemimpin Pakistan Zulfiqar Ali Bhutto
Do Talwar = Two Swords
pi picnik jom
kanak2 sekolah melepak di Sundar Bazaar
mana lagi nak melepak kalau bukan di Sunday Bazaar
penat kat Sunday Bazaar kita pekena Noodle Tomyam Kung kat Secret Recipe.. tak caya ada Secret Recipe? percayalaaaaaah
pelbagai jenis kenderaan awam
yang lori pulak asyik kena saman
salah satu cara menjimatkan belanja? pakai buluh je buat scaffolding
buah anaar = pomegranate = delima. memang sedap. hari2 mesti pekena .. tapi buah ni bermusim.
PPP (Pakistan Peoples Party) .. pemerintahan sekarang
toilet? to let?
a Buhri woman
Mummy dengan our Buhri friends
dinner at our Buhri friends’ house- one of the best food in Pakistan!
@ Buhri’s wedding .. men and women are separated
dengan pengantin lelaki
sayangnya bangunan lama tidak di jaga
daging naik rickshaw
motor naik rickshaw
agak2 malam nanti tokey tilam tidur kat mana?
highway
toll booth
kalau takut dilanda banjir, jangan berumah ditepi sungai
musim hujan .. budak2 seronok mandi manda … hitamnya air.. tengok dari jauh pun meremang bulu roma
banyak basuh baju pakcik?
mana datangnya air dalam ‘perigi’ tu ek?
pilih ikan di fisheries
budak2 mencari rezeki di fisheries
Hawks Bay
budak2 mencari ketam di Hawks Bay
berapa orang naik unta kita hari ni?
u cakap ngan mak u nak pergi mana tadi?
… best kan Karachi?

Zara's blog