Subscribe RSS
Ayam masak serai Sep 01

Ayam masak serai ni lebih kurang macam ayam goreng pedas yang selalu di masak. Bezanya, letak serai, pastu cili api di tukar dengan cili kering .. resepi asal lah. kalau nak pakai cili api pun OK kot. tapi kita ni kalau mencuba resepi tak berani nak tukang2 kan ..ikuttt sebijik2 . hasilnya… sedap gilerrrrrrrrrr.  resepi kali ni .. jugak dijumpai dari fp kak Liza, tapi resepi asalnya Dari Dapur Mak Lang. terima kasih Mak Lang! izinkan kita mengopi paste resepinya yer …

 ayam-serai-mak-lang

(gambar ihsan fp Mak Lang)

Ayam Masak Serai

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.

Hasilnya .. walaaaaa… sedapppppp. seekor ayam habissss.

p/s: bukan tak nak letak gambar yang dimasak sendiri .. tapi waktunya tak mengizinkan. habis masak jer .. dah bang. tak sompek nak mencapai camera. lain kali lah…

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply » Log in