Subscribe RSS

Archive for the Category "Luar Negara"

Kyiv Jun 27

Ukraine yang baru saja merdeka dari Soviet Union pada tahun 1991 merupakan salah satu bandar tertua di Eropah Timur. Macamanapun, nampaknya pengaruh Russia masih berleluasa. Mereka masih enggan menyertai Kesatuan Eropah (European Union).  Bahasa Russia masih menjadi bahasa bualan. Euro tidak digunakan disini, malah menggunakan matawang sendiri – Hryvna.

Malangnya trip ke Kyiv atau Kiev, ibu negara Ukraine, di musim panas. Ingatkan dapatlah tengok salji ke, kalau tak pun, pakai baju sejuk ke .. Maklumlah, di Pakistan, teramatlah panasnya waktu ni. Tak de pilihan.. dah namanya kerja, mana boleh nak pilih2 musim. Dan, trip kali ni kena pergi sorang lagi, lagilah boring. 

 

img_7075.jpg

Sunyi je airport Kyiv.

 

Dari Dubai, penerbangan mengambil masa 4 jam ke Kyiv. Naik kapalterbang tak berapa glemer .. Ukraine International. Baliknya pulak naik Aerosvit, jugak syarikat penerbangan dari Ukraine. Tak ada radio, TV, tapi OK lah.

 Orang Ukraine rimas bila panas. Tak biasa. kata diorang. macam2 cara nak sejukkan badan. Cuaca waktu ni 36 darjah.

  img_7023.jpg

 

img_7028.jpg

 

img_7051.jpg

 

img_7026.jpg

 .. kat air pancut pun boleh mandi ..

 

img_7035.jpg

                                                kami pun panas gak .. singgah makan ais kerim jap

 

img_7029.jpg

                                                     Maidan Nezalezhnosti (Independence Square)

 

Seminggu di Kyiv. Dapatlah meluangkan masa melawat sekitar Kyiv pada hujung minggunya. Tak ada apa sangat dapat dilawati. Hajat nak jugak menengok tinggalan nuclear reactor accident di Chenobyl yang 60km jauhnya dari Kyiv, tapi masa tak mengizinkan. Tengok ajelah cathederal (gereja lah tu) Kristian Orthodox yang memang banyak dan terkenal di sini. Kebanyakan cathederal ni berbumbung emas. Emas betul ke? Entah lah tu.. tak sempat lak nak manjat sampai ke bumbung.

 

img_6750.jpg

 

img_6761.jpg

 St. Volodymyr Cathederal

 

img_6970.jpg

 St. Michael Golden-Domed Cathederal

 

img_6977.jpg

 Princess Olha Monument 

(seorang Saint yang hidup seribu tahun dulu)

 

img_6979.jpg

 

img_6996.jpg

 

img_7004.jpg

 St. Sofia Cathederal

 

Paling best lagi .. dapat jumpa balik kawan dari Aruba (2004). Tahun lepas jumpa kat Addis, tahun ni kat Kyiv. Besar dah Sage dengan Sean.. anak2 Dao dan Frank. Sedihnya, Sage dah 3 minggu bersimen kakinya sebab jatuh balkoni. Tak lah tinggi sangat, tapi patahlah 2 tulang. Tapi nampaknya dia enjoy dengan kerusi rodanya yang cute tu.

 

img_6919.jpg

 Sage yang patah kaki – dia tak bagi ambik gambar kaki dia yang bersimen

 

img_6945.jpg

 dengan Dao

 

img_6956.jpg

 Sean .. dah bujang

 18066588

duluuuuuuuu…  kat Aruba (2004) dan Addis Ababa (2008)

 

img_7064.jpg

town centre

 

img_7070.jpg

Kyiv Metro

 

img_7014.jpg

Bas panjang pakai letrik

 

 

img_6769.jpg

Monument of the Heroes

- sempena memperingati Great Patriotic War semasa Perang Dunia II

 

img_6770.jpg

Kiev Circus

 

img_7072.jpg

 Sungai Dnieper – antara sungai terbesar di Eropah. Berpunca dari Russia , melalui Belarus dan Ukraine sebelum sampai ke Black Sea.