Cape Town
7 February 2008
kali kedua kami ke South Africa. dua2 atas urusan kerja. sorang aje lah yang kerja. yang sorang lagi mengekor jer. jangan marah naaa.. kita suker awak ekor kita. kali ni kami nak tengok Cape Town pulak.
Lain sungguh suasana dan landscape di Cape Town. Jauh lebih menarik dari Jo’berg. Lebih hijau, pesisir pantai yang indah, gunung ganangnya, ladang anggurnya, tanjungnya dan macam2 lagilah.
pemandangan di sekitar Victoria & Alfred Waterfront. Table Mountain kelihatan menarik bila diselaputi awan. dari sanalah ianya mendapat nama. awan kelihatan seperti alas meja.
Pekan Cape Town
antara laluan yang tercantik - Chapman Peak.
Vineyard
Paarl Mountain
Paarl Mountain merupakan gunung berbatu (rocky mountain) kedua terbesar selepas Ayers Rock di Australia. hiking 45 minit sampailah ke puncak.