Subscribe RSS

Archive for the Category "Assignment 1 - Aruba"

Aruba Aug 16

 

 

Menggigil pala lutut bila sampai kat negara orang ni. Jauhnya perjalanan. Seharian baru sampai. Kalau tak disebabkan tugas,  Aruba pun tak diketahui kewujudannya.  Apasallah assignment pertama jauh sangat… Terkonteng2 hidup di pantai Caribbean ni.  Terasa begitu asing. Tak ada jejak orang Malaysia pun.   Nasib baiklah pulaunya cantik. Kadang2 terlupa sekejap kerinduan kepada tanahair melihat keindahan alam disini lebih2 lagi saat matahari terbenam.

bon-bini.jpg

bon bini = selamat datang

 

dead-divi.jpg

 

dsc00267.jpg

 

dsc01348.jpg

 

dsc00071.jpg

pekan Oranjestad, ibukota Aruba

 

Aruba is one of the “ABC”- Aruba Bonaire Curacao Islands” in the Carribbean Sea.

Sejarahnya, Aruba baru ‘timbul’ 2000 tahun dahulu. Sebab tulah, penduduknya datang dari merata tempat. Penduduk asal dipercayai datang dari sebelah Venezuela di Selatan Amerika yang lari dari perang dinegara mereka. Kemudian, datang pulak Indian Settlement. 500 tahun kemudian mulalah didatangi pelayar2 Sepanyol dan Belanda. Aruba merdeka dari jajahan Belanda pada tahun 1986.

Aruba masih lagi banyak dipengaruhi Belanda. Bahasa rasmi masih Dutch, masih di bawah “Constitutional Monarchy” Queen Beatrix. Semestinyalah, Dutch masih ramai.

 

dsc00113.jpg

 

dsc00096.jpg

 

dsc00084.jpg

bersiar2 dgn Dao .. isteri boss dan anak2

 

dsc00133.jpg

 

dsc00121.jpg

National Bridge.

Natural wonder yang dimusnahkan oleh natural disaster. Natural Bridge merupakan ‘rock formation’ natural bridge sepanjang 100kaki, yang terpanjang di Carribean (disuatu ketika), sehinggalah kalah dipukul ombak pada tahun 2005.

 

dsc01505.jpg

Natural Bridge – selepas kalah dipukul ombak

 

dsc01239.jpg

Natural Park

 

dimana2 pun cantik di Aruba ni. walau pun pulau kecik, sepanjang 20 batu je, mana2 pergi ada je tarikannya.  hari minggu kalau rajin bangun pagi, ke Natural Parklah selalunya .. hiking… dalam 45 minit sampailah ke destinasi. Kat Natural Park ada satu lagi natural wonder – Natural Pool atau nama tempatannya – conchi

 

dsc00627.jpg

 

dsc01253.jpg

perjalanan ke Natural Pool

 

dsc01250.jpg

 

dsc01279.jpg

 

dsc00622.jpg

Natural Pool

Ianya adalah kolam semulajadi berdindingkan puncak puncak batu  yang membentuk seakan2 kolam renang. 

 

california-lighthouse.jpg

California Lighthouse yang diperbuat sepenuhnya dgn batu setinggi 98 kaki ini dinamakan sempena sebuah kapal yang hanyut berdekatan pada tahun 1891. 

 

dsc01405.jpg

 

  dsc01434.jpg

ombak ganas berhampiran lighthouse

 

Antara aktiviti lain yang menarik disini ialah mendaki tangga di Hooiberg… puncak tertinggi di pulau ini. Gunung setinggi 541 kaki ini adalah ‘volcanic formation’ yang dah dipasang siap dengan 562 anak tangga. Nak sampai ke puncak mengambil masa 30-45 minit.

  

hooiberg-007.jpg

di Puncak Hooiberg ..

 

crane-apr16-06-018d.jpg

zooming Hooiberg dari Marriott Aruba

 

dsc01158.jpg

sebahagian dari Aruba team mate

 

dsc00781.jpg

Orang Aruba (Arubian atau Aruban) rata2nya cantik2.. bersama office mate Caleb dan jugak Fraser’s twin  -Vanessa & Charmaine

 

  dsc01096.jpg

kat site bersama Vanessa & Evelina

 

with-ruchella.jpg

si sexy Ruchella

 

dsc01399.jpg

kawan yang cantik manis dari Columbia  – Claudia

Bahasa tempatan digelar Papiamento (campuran Spanish-Dutch-English-French-Portugis)

Welcome: Bon Bini
Good Morning: Bon dia
Thank you: Danki
How are you?: Con ta bai
Very Good!: Hopi bon
I am fine: Mi ta bon
I or I am: mi
Have a good day: Pasa un bon dia
See you later: Te aworo

 

dsc01462.jpg

 

dsc00936.jpg

projek kami – Aruba Marriott Surf Club

 

dsc01324.jpg

 

lepas 2 tahun dah tahan dah. pulau ni kecik sangat rasanya. nasib baik dapat tukar …  Sudan pun Sudanlah!  

(penghijrahan yang mengubah segalanya – dimana kisah kita bermula …   cewah… )

 

 

dsc00247.jpg

 

at-sunset-i-find-peace.jpg