Badshahi Mosque, Lahore
Sebelum meneruskan perjalanan, kami sempat berposing kenang2an di sekitar Hotel PC.
Memandangkan cuaca yang agak sejuk dan kami cuma ada 2 hari di Lahore, kami terpaksa memilih hanya satu saja lagi tempat yang menarik untuk dilawati esoknya. Pilihan kami ialah masjid yang kedua terbesar di Pakistan iaitu Masjid Badshahi yang pernah menjadi masjid terbesar di Pakistan sebelum terbinanya Masjid Faisal di Islamabad.
lepak jap dengan pelancung tempatan
Masjid yang dibina pada tahun 1671 semasa Mughal Emperor ini boleh menampung 110,000 jemaah.
layan peminat jap..
cerita2 dengan pemandu pelancung – Encik Shakur
apa yang dilekakan tu?
ooo… tengok al-Quran tenunan tangan
Lahore Fort yang bertentangan dengan masjid – melambangkan kekuasaan Moghul
Pintu gerbang masuk ke masjid
paparazzi tak bertauliah
Suasana di persekitaran masjid:
masak apa dalam ni nak?
Esoknya Hari Asyura. Penduduk tempatan bergotong royong memasak bubur Asyura yang dikenali sebagai “Haleem”.