Subscribe RSS

Archive for the Category "Bilques Edhi School"

Bilques Edhi School Aug 22

Dah lama nak pergi melawat sekolah ni. Susah nak dapat kebenaran masuk. Mula2 respon Bilques Baji (Puan Bilques) bila Rushna (Pakistani friend) talipun .. “these children are not for display!”. Terkedu sekejap. 

Kita cuba cara lain pulak. Kami pun talipun lagi – dua bulan lepas tu. Boleh jumpa tak? Dia kata dia memang ada kat ofis sebelah pagi. Datanglah. Kami pun bergegaslah. Nasib baik Rushna ada “charm” tersendiri. Lepas bercerita dekat 3 jam, Bilques Baji pun tulis surat kepada pentadbir sekolah bagi izin. Bukan tu je .. dia bagi kami buku lagi -

A Mirror to the Blind

 a-mirror-to-the-blind1

autobiography suaminya, Abdul Sattar Edhi, ditulis oleh Tehmina Durrani, penulis yang disegani. Memetik seorang komen pembaca – ” a tribute to a living legend of our times, a hero, a shining example and role model for all humanity and a real lesson in selflessness..”

(.. dah start baca susah betul nak letak buku ni.. )

Alangkah bertuahnya bila kami sendiri dapat berjumpa dengan Edhi Saheb>>

img_7227.jpg

Semasa disana, kami juga sempat bertemu dengan seorang bayi perempuan yang baru beberapa jam dilahirkan dan diserahkan kepada rumah bakti ini. Walaupun tak memahami bahasa masing2, Bilques beria2 menyerahkan bayi tersebut kepada kami dan membukakkan baju yang dipakai bayi untuk menunjukkan tali pusat yang masih basah. Apalah nasib bayi sekecil itu …

Kami juga berpeluang menyaksikan bagaimana Bilques Baji menyerahkan seorang kanak2 perempuan berumur 1 tahun kepada pasangan yang berbelas tahun kahwin tapi masih belum mempunyai cahaya mata. Bertuah kanak2 tu akhirnya mempunyai keluarga sendiri.

Dalam keributan menyaksikan peristiwa2 tersebut, Edhi Saheb pun lalu. Sempat dia memberi salam dan bercerita tentang peristiwa berkaitan yang dialaminya baru2 ini. Katanya, ada seorang ayah ingin menyerahkan anaknya kepada rumah bakti ini disebabkan kesempitan wang. Edhi Saheb terus menghulurkan 100,000 rupee (dalam RM5,000) kepadanya. Tak payahlah serahkan bayi kamu. Bawaklah balik dan gunakan wang ini untuk memulakan kehidupannya“.

Sebelumnya, dia  melalui sekumpulan 6 wanita yang hidup dalam kemiskinan. Dia pun menghulurkan 1000 Rupee (RM50) setiap orang kerana itu sahaja yang ada padanya ketika itu. Kemudiannya dia melihat wanita2 tersebut dihulurkan 200,000 Rupee oleh dermawan yang lain. Moral of the story katanya – “Saya cuba membantu sedaya yang ada. Kalau bukan saya, akan ada insan lain. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Dia pun berlalu – dengan memakai pakaian dan selipar yang sama seperti dalam gambar yang diambil puluhan tahun sebelumnya.

Tak sudah kalau bercerita pasal Edhi Saheb yang dipanggil Maulana oleh orang tempatan, walaupun dia sendiri tidak menyukainya.  Kalau berminat nak tau lagi ..

klik sini pasal >> Edhi Saheb 

dan sini pasal >> Bilques Baji

Ada jugak beberapa petikan yang menarik untuk dibaca, antaranya:

 http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=111102319

antara kandungannya ” … “When a baby girl is born here, the man storms out cursing his wife. But whenever there is a male born, the men celebrate and offer us tea,” she says……”

 

Esoknya (sehari sebelum puasa – Malaysia puasa dah), kami pun ke BES beramah mesra dengan kanak2 di Bilques Edhi School>>

img_7230.jpg

Sekolah ni menempatkan kanak2 3 tahun ke atas – anak yatim dan jugak terbiar sekitar Karachi. Diorang belajar segala2nya disini. Pembelajaran asas (Maths, English etc) dan juga kemahiran seperti memasak, menjahit dan yang lainnya.

img_7233.jpg

Bila dewasa, mereka akan dikahwinkan. Ramai jugaklah yang datang untuk bertanyakan kanak2 perempuan disini untuk dikahwinkan dengan anak mereka.

img_7238.jpg

Malangnya, kami tak sempat nak melawat sekolah kanak2 lelaki sebab terletak jauh dari tempat kami. Mungkin lain kali.

Sesungguhnya – pengalaman yang amat berharga!  Terimakasih Rushna sudi bawak kami. Terimakasih Edhi Saheb & Bilques Baji .. You both really are … a wake-up call!