Faisal Mosque, Islamabad

27 December 2009

Perjalanan dari Lahore ke Islamabad mengambil masa 4 jam. Lain sungguh pemandangan di sepanjang jalan berbanding dengan Karachi atau Gwadar. Hijau dan subur. Jalannya pun cantik.

 

sejuk mata memandang ..  ladang sayuran dan buah2 an disepanjang perjalanan

 

Sejuknya di Islamabad.

Hotel Serena tempat kami tinggal memang lawa. Layanan pun best. Makan sedap. Orang pun tak ramai masa ni.

Sampai di Islamabad dah malam. Tak boleh nak pergi mana. Esoknya ajelah kami teruskan perjalanan lepas makan breakfast yang best jugak.

 

 

Destinasi kami ialah Masjid Faisal, masjid terbesar di Pakistan. Masjid ini dinamakan sempena King Faisal bin Abdul Aziz, raja Arab Saudi yang membiayai pembinaannya. Ia dibina pada tahun 1986 dan boleh memuatkan 300,000 jemaah.

betul ke abang tak nak naik tengok masjid ni bang..?”

betul yang .. tinggi sangat abang tengok tangga masjid tu.. ayang pergi lah naik dengan budak2 tu..”

“ye tak ye nya .. tinggi jugak ek..?”

sapa dapat carik…

menunggu buah pine yang tak gugur ke mi?