Wagha Border, Lahore
Phuhhhhh phuhhhhhh… banyak abuk betul site ni dah…
Nak update cepat2 entry pergi ke utara Pakistan sebelum ianya jugak terkubur. Trip kali ni lebih meriah sikit sebab disertai sama ibu dan bapak mertua ku.
Lahore – Dec 25-26
Bertolak pagi2 sebab flight pukul 8. Malam sebelum tu tidur agak lewat sebab packing selepas balik dari kenduri doa selamat dan tahlil di rumah Encik Amran, dari Shell bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka. Kami dengan mak bapak mertua pun tumpang sama yang secara kebetullannya berkongsi tarikh anniversary. Mummy masak pulut kuning. Tiga pasangan lah sambut ulang tahun malam tu. Alhamdulillah.
Penerbangan ke Lahore mengambil masa 1.30 jam. Sampai di Lahore pukul 10. Terus ambik teksi ke PC Hotel. Masing2 kepenatan. Rehat dulu. Pukul 3 baru siap2 turun makan. Lepas makan terus book teksi ke sempadan India – Wagha Border untuk menyaksikan acara turun bendera. Acara harian ini menyaksikan pasukan Ranger dari Pakistan dan Border Security Forse dari India menurunkan bendera dan menutup gate di sempadan dua negara tanda tamat tugas. Patriotik dan penuh semangat. Tambahan pulak kami dilayan seperti VIP, bertambahlah istimewanya.
penonton sebelah Lahore, Pakistan
Babi Azadi – Gerbang Merdeka
bendera kedua2 negara pun diturunkan
diserahkan kepada ketua
Babu melaungkan ”Pakistan Zindabad!” – Hidup Pakistan!
penonton sebelah Amritsar, India
pintu pun ditutup
![]()
“Happy Anniversary to my darling husband ..
I know you never read this blog .. but maybe just a note in here would still count .. “